by

Sultan Ibrahim tekankan projek RTS berjalan lancar dan tepati jadual pembinaan

News Sources:

JOHOR BAHRU : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mendengar taklimat laporan terkini Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang disampaikan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong di Istana Flintstones, Mersing hari ini. 

Menurut kenyataan Royal Press Office (RPO), taklimat itu juga disertai Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd, Datuk Mohd Zarif Mohd Hashim.

Sultan Ibrahim bertitah, Baginda saling berkongsi beberapa pandangan mengenai kemajuan projek bersama Ka Siong dan Mohd. Zarif. 

“Saya amat menghargai kehadiran kedua-dua mereka untuk menyampaikan taklimat mengenai projek berkenaan sehingga datang ke Johor walaupun mempunyai jadual kerja yang padat. 

“Saya turut menekankan bahawa projek ini perlu berjalan secara lancar dengan menepati jadual pembinaannya,” titah Baginda kepada RPO.

Pada 22 November lalu, Sultan Johor berkenan menyempurnakan majlis pecah tanah RTS yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura. 

Majlis pecah tanah berlangsung di tapak projek akan datang bangunan Imigresen, Kastam dan Kuarantin di Bukit Chagar dengan disaksikan Baginda secara maya dari Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor. 

Pelaksanaan projek RTS itu, bukan sahaja memberikan manfaat dari segi sosio-ekonomi, malah bakal mengubah lanskap pengangkutan awam di Johor, selain terus mengeratkan hubungan dengan Singapura.

RTS merupakan sistem transit aliran ringan pertama yang dibina di Johor Bahru, yang mana Johor merupakan pintu masuk utama di selatan negara. 

Ia merangkumi pembinaan laluan sepanjang empat kilometer menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dan Woodlands di Singapura dan dijangka beroperasi pada penghujung 2026. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed