by

Sultan Johor ucap takziah

News Sources:

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tun Rahah Mohamad Noah yang meninggal dunia hari ini.

Baginda bertitah, Johor kehilangan permata negeri yang menjadi saksi penting lipatan sejarah pembangunan moden negara.

“Saya dan keluarga merakamkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak serta seluruh keluarga beliau atas pemergian bondanya, Allahyarhamah Tun Rahah. 

“Kita kehilangan seorang permata negeri Johor yang menjadi saksi penting lipatan sejarah pembangunan moden negara. 

“Semoga roh Allahyarhamah dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas di Hospital Prince Court  di sini pada usia 87 tahun.

Beliau merupakan isteri kepada Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak. -UTUSAN ONLINE

The post Sultan Johor ucap takziah appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed