by

Sultan Perak, TYT Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Tun Rahah

News Sources:

KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mencemar duli menziarahi jenazah Allahyarhamah Tun Rahah di Masjid Ar- Rahah pagi tadi.

Keberangkatan baginda yang diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim disusuli dengan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad yang tiba kira-kira 11.40 pagi.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, Menteri Penganjuran, Datuk Seri Wee Ka Siong, Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Ar-Rahah selepas solat Zuhur dan akan dikebumikan di Makam Pahlawan.-UTUSAN ONLINE

The post Sultan Perak, TYT Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Tun Rahah appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed