by

Sultan Selangor perkenan tukar nama Jalan Universiti kepada Jalan Prof. Diraja Ungku Aziz

News Sources:

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menamakan semula Jalan Universiti di Petaling Jaya dekat sini dengan nama Jalan Prof. Diraja Ungku Aziz.

Jalan Universiti sepanjang 3.2 kilometer yang dibina pada 1960 itu adalah jalan utama yang menghubungkan Petaling Jaya ke Kuala Lumpur dan merupakan jalan dua hala pertama di Malaysia.

Titah Sultan Selangor, pertukaran nama jalan itu akan dilaksanakan dalam kadar segera.

“Beta berkenan untuk mengabadikan nama tokoh tersohor tanah air ini pada jalan tersebut bagi mengenang jasa dan bakti Allahyarham Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid semasa hayatnya dalam bidang pendidikan dan ekonomi Melayu.

“Pemilihan Jalan Universiti untuk dinamakan semula kepada Jalan Prof. Diraja Ungku Aziz adalah bertepatan kerana ia adalah jalan pintu masuk utama ke pusat-pusat pengajian tinggi seperti Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti MAHSA,” titah baginda menerusi Facebook rasmi Selangor Royal Office di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed