by

Sumareh ke JDT? – Utusan Digital

News Sources:

KUALA LUMPUR: Spekulasi bahawa Police Tero FC sekadar tempat persinggahan Mohamadou Sumareh mungkin ada kebenarannya selepas pemain naturalisasi negara itu tidak lagi bersama kelab Thailand tersebut tiga bulan menyertai mereka.

Menurut portal Goal.com Thailand, pemain sayap berusia 26 tahun itu sah ‘bercerai’ dengan Police Tero selepas menyertai kelab tersebut secara kontroversi dari Pahang pada September lalu.

“Sumareh tidak akan bersama Police Tero selepas tidak ditawarkan kontrak lanjutan.

“Bintang Gambia itu dilaporkan sedang melakukan persiapan untuk kembali ke Malaysia.

“Bersama Police Tero, Sumareh cuma diturunkan dalam kesebelasan utama untuk satu perlawanan. Secara keseluruhan, dia beraksi selama 111 minit tanpa sebarang gol,” tulis Goal.com Thailand.

Menurut portal itu, sepanjang bersama Police Tero, Sumareh sering berdepan isu kecederaan dan beraksi dalam keadaan kurang baik.

Persoalan kini terarah mengenai ke mana hala tuju Sumareh ketika Liga Malaysia (Liga M) 2021 akan bermula Februari depan.

Juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) mungkin menjadi destinasi pemain itu berdasarkan bayangan yang diberikan pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam rancangan [email protected] bersama sebuah stesen televisyen swasta, dua minggu lalu.

Kata Tunku Ismail, beliau akan berbincang dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah jika Sumareh mahu kembali ke Liga M dan menyertai skuad Harimau Selatan.

“Jika Sumareh nak balik saya kena berbual dengan Pahang dulu. Saya pun tadi sudah tanya Tengku Muda Pahang (Tengku Abdul Rahman).

“Kalau dia bersetuju saya akan teruskan. Jika dia tak setuju saya tak buat apa-apa. Saya minta hormat, minta restu dari dia kalau boleh atau tidak.

“Jadi (bahagian) sayap kanan kemungkinan besar boleh jadi Safawi Rasid, Sumareh, Arif Aiman dan bahagian kiri adalah Akhyar Rashid, Gonzalo Cabrera dan Ramadhan Saifullah,” katanya.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed