by

“Sumpah Jimat!” – Pelanggan pun terkejut, Bjak.my beri harga insurans rendah dari biasa

News Sources:

PETALING JAYA: Platform Bjak.my menawarkan kaedah memperbaharui cukai jalan kereta dan motosikal cara baharu yang mudah, pantas dan menjimatkan.

Melalui pembelian insurans di platform ini, pengguna akan dapat menjimatkan wang sehingga RM450 bergantung kepada premium asas yang dipilih melalui perbandingan harga yang dilakukan.

Menurut kenyataan, Bjak.my bukan sahaja menawarkan perkhidmatan yang sangat cepat dan pantas berbanding tempat lain, malah pengguna juga boleh membuat perbandingan harga bagi polisi dan harga insurans kereta dan motosikal mereka.

“Hanya di Bjak.my sahaja anda boleh membuat perbandingan harga dengan lebih 10 syarikat insurans dan takaful dalam satu masa yang sama,” kata kenyataan itu di sini. 

Antara syarikat-syarikat insurans yang disediakan adalah Takaful Malaysia, Pacific & Orient, Liberty, Tokio Marine, Zurich Takaful, MSIG dan banyak lagi.

Malah untuk berurusan dengan Bjak.my pelanggan tidak perlu memuat turun sebarang aplikasi tetapi hanya perlu menghantar pesanan WhatsApp atau e-mail ke Bjak.my. 

Selepas itu pengguna dilayan secepat mungkin tanpa mengira hari dan waktu kerana pasukan khidmat pelanggannya beroperasi 24 jam termasuk pada cuti umum.

Untuk lebih memudahkan anda, ikuti sahaja panduan ringkas di bawah ini untuk membeli insurans di Bjak.my.

  • Layari laman web rasmi Bjak.my dan pilih bahasa yang diingini
  • Pilih jenis kenderaan sama ada kereta atau motor 
  • Masukkan butiran yang dikehendaki iaitu nombor pendaftaran kenderaan, nombor kad pengenalan, dan nama pemilik 
  • Sertakan nombor telefon dan alamat emel bagi tujuan penerimaan sebut harga.
Pengguna boleh menerima senarai sebut harga dalam masa kurang tiga minit dari Bjak.my.

“Dalam masa sekurang-kurangnya tiga minit sahaja, anda bakal diberikan sebut harga daripada Bjak.my selepas pembayaran dilakukan, anda juga bakal menerima polisi insurans dalam tempoh lima minit,” demikian menurut kenyataan Bjak.my.

Selain itu, bagi yang membeli cukai jalan dengan Bjak.my, ia akan dihantar terus ke rumah dalam tempoh dua hari bekerja. 

Pada masa sama, Bjak.my turut menawarkan perkhidmatan VIP yang mana pelanggan hanya  perlu membeli perlindungan insurans tambahan sebelum melakukan proses daftar keluar (check-out) di laman web rasmi Bjak.my. 

Mereka yang menjadi pelanggan VIP Bjak akan diberikan khidmat tunda tanpa had di seluruh negara, khidmat pertukaran tayar kecemasan, khidmat jumpstart kecemasan dan pemeriksaan kereta secara tahunan. 

“Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan menghubungi  Bjak.my untuk mendapatkan bantuan.

“Perkhidmatan tunda tanpa had yang disediakan oleh Bjak.my adalah yang kali pertama diwujudkan di Malaysia. Keistimewaan ini hanya diberikan kepada pelanggan VIP Bjak sahaja,” demikian kata kenyataan Bjak.my.

Setakat ini setelah setahun menawarkan perkhidmatannya, Bjak.my telah berjaya memperoleh lebih daripada tiga juta pengguna berdaftar dan menerima hampir 3,000 pelanggan setiap hari. 

 

Rata-rata pelanggan Bjak memberi maklum balas positif terhadap perkhidmatan di platform ini.

Seorang pelanggan, Syazani Ismail berkata, beliau sangat berpuas hati selepas membeli insurans kereta di Bjak.my lebih-lebih apabila dia boleh membuat sendiri perbandingan harga di platform ini.

“Memang puas hati, urusan semua cepat. Yang penting boleh bandingkan insurans yang murah dengan mahal sedikit,” katanya.

Bagi Amirul Sutan pula, dia gembira selepas menggunakan platform Bjak.my kerana cukai jalannya dihantar terus ke rumah.

“Sudah guna khidmat ini, memang murah. Cukai jalan sampai terus depan pintu rumah. Insurans diterima melalui e-mail, tinggal untuk cetak sahaja,” katanya di ruangan komen Facebook rasmi Bjak.my.

Sementara itu, Ahmad Eisya pula menyifatkan perkhidmatan yang cepat dan pantas disediakan di Bjak.my membuatkan dirinya ‘terpaut’ pada platform ini.

“Yang paling saya suka pasal Bjak ni bukan sahaja harga murah dan pilihan pelbagai tapi cepat bagi maklum balas kepada pelanggan, waima dari e-mail,” katanya.

Untuk maklumat lanjut boleh layari bjak.my. – UTUSAN

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed