by

Sungai Thames beku pertama kali dalam 60 tahun

News Sources:

LONDON: Sungai Thames dilaporkan menjadi beku buat pertama kalinya dalam tempoh 60 tahun.

Lapor Daily Mail, keadaan itu berlaku selepas suhu di Britain menjunam ke paras paling rendah dalam rekod.

Sungai Thames di Teddington, barat daya London menjadi beku sehingga kelihatan burung camar laut hinggap di atas permukaannya.

Kali terakhir sungai itu membeku sepenuhnya adalah pada tahun 1963 yang menyaksikan musim sejuk melampau.

Bahkan laut berubah menjadi ais di pantai Aldingham di Cumbria ketika suhu menurun di bawah paras beku.

Suhu di Ravensworth, Yorkshire Utara menurun ke paras negatif 15.3 darjah celsius pada Khamis lalu yang disifatkan sebagai rekod paling rendah setakat ini untuk Februari bagi England.

Sebahagian besar Britain bakal berdepan keadaan salji tebal yang melebihi 10 sentimeter dan angin kencang dengan kelajuan sejauh 50 kilometer sejam selain pakar meramalkan hujung minggu yang sejuk lagi.      

Sementara itu, seorang pakar meteorologi, Marco Petagna berkata, angin kencang yang merentasi Laut Ireland sehingga ke Scotland akan menyebabkan suhu menjadi lebih sejuk.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed