by

Suntik vaksin pertama kepada Muhyiddin bagi yakinkan orang ramai

News Sources:

KUALA LUMPUR – Pemilihan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi menyakinkan orang ramai ia adalah selamat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, meskipun vaksin tersebut telah diberikan kepada puluhan ribu orang di seluruh dunia namun masih ada lagi yang ragu-ragu dengan tahap keselamatannya.

“Jadi, Malaysia kita nak beri keyakinan bahawa kalau ketua kerajaan sendiri telah mengambil vaksin dan tidak mempunyai kesan buruk dan sebagainya ini boleh mendekatkan lagi orang ramai kepada vaksin,” katanya pada sidang media khas pengoperasian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang diadakan secara maya hari ini.

Sebelum itu, Khairy berkata, Muhyiddin ada berkongsi dengan jemaah menteri berkenaan perbincangannya dengan Presiden Indonesia, Jokowi Widodo ketika lawatan beliau ke negara itu baru-baru ini dengan bertanya mengenai kesan terhadap pengambilan vaksin tersebut.

Katanya, Jokowi memaklumkan kepada beliau tidak merasa sebarang perubahan sebaliknya ada mengalami sedikit keletihan selepas menerima vaksin.

Ujarnya, Perdana Menteri juga ada merujuk dengan doktor peribadinya sekiranya mahu mendapatkan suntikan itu dan mendapat ‘lampu hijau’ untuknya berbuat demikian.

“Sebelum ini, saya ada bincang dengannya untuk mendapatkan pandangan doktor peribadi beliau dan doktor sudah bagi green light,” ujarnya.

Kata Khairy lagi, keutamaan pemberian vaksin kepada Muhyiddin juga dibuat memandangkan beliau merupakan seorang ahli politik yang bertemu dengan ramai orang.

Jelasnya, langkah itu adalah berdasarkan kepada penilaian risiko dan Perdana Menteri terdedah kepada jangkitan Covid-19.

Terdahulu sebelum ini, media melaporkan Muhyiddin akan menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 apabila bekalannya sampai di Malaysia hujung bulan ini. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed