by

Suspek pengganas tulis surat wasiat 

News Sources:

JAKARTA: Suspek pengganas dikenali sebagai ZA berusia 25 tahun sempat menulis surat wasiat sebelum melakukan tembakan di pekarangan ibu pejabat polis. 

Lapor Kompas.com, Ketua Polis Negara, Listyo Sigit Prabowo berkata, pihaknya menemui surat wasiat tersebut di rumah suspek. 

Katanya, suspek juga sempat mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya menerusi kumpulan WhatsApp. 

“Hasil siasatan mendapati suspek adalah individu yang bergerak secara bersendirian yang mempunyai ideologi ISIS. Suspek turut gagal semasa semester lima di universiti,” katanya.

Semalam, seorang wanita bersenjata ditembak mati selepas melepaskan enam das tembakan ketika memasuki kawasan itu, kira-kira pukul 4.30 petang. 

Dalam pada itu, pihak polis meningkatkan kawalan dan pengawasan di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta selepas serangan suspek pengganas itu.  

Ketua Polis lapangan terbang itu, Adi Ferdian berkata, pihaknya turut meningkatkan kawalan keselamatan di dua lokasi termasuk ibu pejabat polis yang menjadi lokasi serangan. 

“Selepas serangan pengganas, kita meningkatkan kawalan keselamatan di dua lokasi di Soekarno Hatta.

“Anggota polis yang melakukan pengawasan diwajibkan memakai baju kalis peluru dan membawa alat pengesan bom,” katanya. 

Menurut Adi, pengesan bom itu digunakan untuk memeriksa seluruh pengunjung yang masuk atau keluar dari pejabat mereka. 

Jelasnya, semua barang milik pengunjung ke ibu pejabat polis juga akan digeledah secara rawak termasuk pemandu kenderaan yang keluar atau masuk ke kawasan lapangan terbang. 

 

 

 

 

 

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed