by

Tabung Haji dapat kepercayaan graduan

News Sources:

KUALA LUMPUR :Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji ) diiktiraf sebagai institusi pilihan graduan Malaysia di bawah badan-badan berkanun dengan menduduki tempat kedua.

Ketua Pegawai Modal Insan Tabung Haji, Rina Sarif berkata, pengiktirafan itu diterima buat kali  ketiga selepas kemenangan pertama pada tahun  2017 dan 2018  hasil undian  graduan di negara ini.

Katanya, Tabung Haji juga  berjaya menduduki tangga 40 teratas majikan terkemuka pilihan graduan dalam senarai 100 Majikan Pilihan Graduan tahun ini.

“Anugerah ini adalah satu pengiktirafan dan keyakinan para graduan terhadap Lembaga Tabung Haji sebagai sebuah organisasi badan berkanun yang dipercayai.

“Pelbagai institusi lain turut dicalonkan dan menerima pengiktirafan seperti dalam sektor perbankan, automotif, insurans, kejuruteraan dan telekomunikasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-UTUSAN ONLINE-





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed