by

Tahun 2020 macam graf ECG

News Sources:

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal, Azizulhasni Awang menyifatkan tahun 2020 ibarat graf ECG (ujian elektrokardiogram) akibat dibadai pandemik Covid-19.

Bagaimanapun pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik itu berkata, turun naik itulah yang menyebabkan jantung sentiasa berdegup dan memberikan kehidupan.

“Tahun ini adalah seperti Graf ECG buat saya. Ada P-wave,QRS complex dan T-wave. Gelombang naik dan turun mewarnai kehidupan.

“Namun, turun naik itulah menyebabkan jantung sentiasa berdegup memberikan kehidupan.

“Dunia huru-hara dan hampir seluruh manusia terkesan dengan virus yang saiznya amatlah kecil yang mana kita terpaksa menggunakan mikroskop khas untuk melihatnya.

“Jadi sebagai makhluk ciptaan Allah ini, mengapa kita harus sombong di atas muka bumi? Mengapa harus leka dengan segala nikmat yang Allah telah berikan? Mengapa kita sentiasa harus di ingatkan siapa yang Maha Berkuasa dan Maha Menciptakan segalanya?

“Setelah banyak betapa di rumah kerana lockdown, ia memberikan saya banyak ruang untuk berfikir dan merenung

“Hidup ini hanyalah sementara. Dunia serta isinya hanyalah persinggahan.Hargailah orang yang sentiasa di sisi. Bantu mereka yang memerlukan jika berkemampuan.

Sentiasa bergerak menuju ke hadapan tetapi jangan lupa toleh juga kebelakang. Sentiasa berfikiran positif,” katanya dalam media sosial.

Azizulhasni yang bakal menggalas misi memburu pingat Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini turut mengingatkan peminatnya agar tidak mudah berputus asa dengan ujian yang dihadapi.

Pelumba kelahiran Terengganu itu sempat menitipkan doa agar virus Covid-19 lenyap dari muka bumi dan semua manusia diberi kesejahteraan.

“Kau berikan solusi kepada kami dan akhirilah pandemik Virus Covid-19 ini Ya Allah.

“Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa ke atas segalanya Ya Allah. Aku memohon baraqah Mu untuk masuk ke tahun 2021 Ya Allah. Aamin Ya Rabbal ‘Alamin,” tulisnya.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed