by

Tahun 2020 paling perit – Hafizh

News Sources:

KUALA LUMPUR: Meniti musim sukar tahun lalu terutama insiden yang hampir meragut nyawa pada Grand Prix (GP) Austria memberi sumber kekuatan dan inspirasi buat pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah bagi mengharungi cabaran 2021.

Sedar bakal bergerak solo tanpa rakan senegara bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Dunia kali ini, Hafizh berkata, dia akan tetap berusaha memberi yang terbaik biarpun muncul pelumba tunggal
mengibarkan Jalur Gemilang di pentas berprestij tersebut.

“Musim 2020 sangat pahit, tak seperti tahun-tahun sebelum ini. Saya ambil sebagai pengalaman dan motivasi untuk meneruskan karier dalam sukan permotoran walaupun 2021 saya seorang saja pelumba Malaysia.

“Saya tak dapat janji, cuma saya tetap percayakan diri dan pasukan. Saya yakin saya mampu memberikan saingan.

“Ayuh kita lihat apa yang bakal terjadi dan apa yang boleh kami lakukan musim depan,” katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

HAFIZH Syahrin ketika terlibat dalam kemalangan di Grand Prix Austria tahun lalu.

Ogos lalu, pelumba berusia 26 tahun itu terselamat selepas terbabit dalam kemalangan ngeri pada awal perlumbaan GP Austria di Litar Red Bull Ring.

Hafizh yang kini bersama pasukan baharu dari Belanda, NTS RW Racing GP berkata, dia bergelut untuk mencari rentak tunggangan terbaik susulan daripada kemalangan tersebut sehingga tamat musim 2020.

“Saya mengalami kecederaan di GP Austria. Sehingga habis musim lalu, saya masih sukar untuk mendapat keserasian dengan motor dan hilang keyakinan,” katanya.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed