by

Tahun yang kelam-kabut, Dr Soo Wincci optimis

News Sources:

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Dr Soo Wincci, 35, memberitahu, jadual pengajian PhD kedua dan kerjanya pada tahun ini tidak teratur gara-gara kehidupan norma baharu di Sepanyol.

Wincci berkata, rutin sepanjang pandemik Covid-19 lebih banyak dihabiskan secara dalam talian mengikut dua waktu negara yang berbeza.

“Nak dijadikan cerita, sejujurnya jadual saya agak tidak tersusun sebab terpaksa bahagikan masa kerja di antara waktu Malaysia dengan di sini. Setiap hari kecuali Sabtu Ahad, saya akan pastikan kerja lapan jam sehari dan tidur sekejap kemudian bangun semula jam 12 tengah malam untuk sesi sembang anjuran program pelbagai di Malaysia,” jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut fasal akademik pula, Wincci dapat menghela nafas kerana dia sudah terbiasa dengan mod hibrid (dalam talian).

“Namun PhD pada kali ini lebih kepada mod praktis dan di tahun kedua ini saya sedang dalam proses menghasilkan produk iaitu lagu berbilang bangsa serentak dengan penulisan tentang kajian lepas.

“Saya perlu menyiapkan dari aspek susun atur lagu sehinggalah proses yang melibatkan produksi. Pun begitu, untuk menghasilan muzik video saya pasti tahun ini mustahil untuk disiapkan kerana kita berdepan dengan pendamik.

“Oleh itu, saya hanya akan fokus dalam penghasilan lagu sahaja terlebih dahulu,” ujarnya Wincci yang sedang melanjutkan pengajian Falsafah Kedoktoran dalam bidang Artistik Produksi di University of Polytechnic, Sepanyol.

Wincci sebelum ini memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada University of Reading, United Kingdom berserta tiga sarjana lain iaitu Sarjana Pentadbiran Perniagaan (University of Sunshine Coast, Australia), Sarjana Produksi Muzik, Teknologi dan Inovasi (Berklee Valencia, Sepanyol) dan Sarjana Fellowship Live Music Production (Berklee Valencia, Sepanyol).

Wincci juga berjaya menggenggam PhD Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia, sekali gus melakar kejayaan tersendiri apabila memperoleh lima ijazah berkenaan dalam tempoh 15 tahun.

Lebih membanggakan, juga Wincci mencipta rekod apabila menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen dan Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artist.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed