April 17, 2021
by

Tanda terima kasih, Adun Mengkibol hadiah 1,000 bunga mawar kepada petugas hadapan – JohorKini

News Sources:

Tanda-terima-kasih-Adun-Mengkibol-hadiah-1000-bunga-mawar-kepada-petugas-hadapan.png

KLUANG, 15 FEB: Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkibol, Chew Chong Sin memulakan hari di awal minggu ini dengan membawa ratusan tangkai bunga mawar dan hadiah sempena sambutan hari kekasih dan sambutan Tahun Baru Cina.

Dalam kenyatannya semalam, Chong Sin berkata, bunga mawar itu diagihkan kepada petugas barisan hadapan terutamanya kakitangan wanita di jabatan-jabatan kerajaan di daerah ini.

“Sebagai tanda terima kasih, kami telah memesan 1,000 tangkai bunga ros terus dari pemilik kebun bunga rose di Cameron Highlands untuk diberikan kepada frontliner perubatan dan beberapa jabatan kerajaan di Kluang.

“Ucapan ribuan terima kasih kepada pegawai perubatan yang menjaga di barisan hadapan siang dan malam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Chong Sin, gubahan bunga dan edaran turut dibantu oleh sukarelawan Wanita PKR Kluang.

Beliau dalam pada itu turut berpesan kepada semua agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan mematuhi SOP sepanjang musim perayaan.

“Selamat Tahun Baru Cina kepada semua dan selamat hari kekasih,” katanya lagi.

Johorkini

 



Post Views:
21







Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed