by

Tangguh aktiviti berhampiran sungai ribuan ikan mati – JAS

News Sources:

PASIR SALAK: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak menasihatkan orang ramai supaya menangguh sebarang aktiviti di kawasan berhampiran kejadian ribuan ikan mati di Sungai Tumboh dekat Kampung Gajah di sini.

Pengarahnya, Rosli Zul berkata, ia bagi memastikan keselamatan dan mengelak sebarang insiden tidak diingini berikutan keputusan sampel air di kawasan itu yang mengakibatkan kejadian berkenaan masih belum diperoleh.

“JAS dan Jabatan Perikanan sudah mengambil sampel air dan ikan untuk dianalisis, bagaimanapun keputusannya masih belum diperolehi.

“(Sama ada selamat atau tidak sumber ikan) hal ini perlu dirujuk kepada Jabatan Perikanan kerana punca ikan mati masih tidak diketahui daripada Jabatan Perikanan. 

“Saya hanya boleh menasihati aktiviti perikanan ditangguh buat sementara waktu di kawasan kejadian,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sementara itu, Pengarah Perikanan Perak, Zaki Mokri berkata, ujian sampel ikan di kawasan berkenaan masih belum diperoleh.

Bagaimanapun katanya, Sungai Tumboh juga menerima aliran air dari bekas lombong sekitar Seri Iskandar dekat Parit.

“Kami tidak menolak kemungkinan (kejadian ikan mati) juga mungkin  berpunca dari air yang tercemar dari bekas-bekas lombong di kawasan berkenaan kerana lokasinya yang berhampiran,” katanya.

Sementara itu, pemancing yang ditemui di kawasan berkenaan mendakwa kejadian ikan mati itu berlaku sejak seminggu lalu.

Pemancing yang hanya mahu dikenali sebagai Sadar, 32, berkata, ia mula dikesan sejak Rabu minggu lalu.

“Banyak ikan yang mati, kalau memancing pun ikan tak bermain dengan umpan. Masa itu saya nampak banyak jenis ikan yang timbul antaranya baung, lampam, loho dan patin.

“Tidak pasti apa puncanya, tapi selang beberapa hari ia kembali normal,” katanya.

Seorang lagi pemancing yang mahu dikenali sebagai Shamsul, 25, berkata, ikan busuk mula dikesan hanyut minggu lalu.

“Ini kali pertama berlaku, saya sudah lama juga memancing di kawasan ini kerana ikannya banyak dan bersaiz besar,” katanya.

Penduduk tempatan yang ditemui turut mengakui kawasan berkenaan kaya dengan pelbagai spesies ikan dan insiden berkenaan sangat dikesali kerana turut memberi kesan kepada nelayan darat yang bergantung hasil pendapatan dari sungai berkenaan. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed