by

TBG Mobs rintis kerjasama dengan redOne

News Sources:

IPOH: Kelab Penyokong Bola sepak Perak TBG Mobs merintis jalan ke arah penglibatan syarikat telekomunikasi  dalam bola sepak Perak dengan mengadakan koloborasi  dengan agensi syarikat telco terkemuka, redOne.

Kerjasama itu dihasilkan melalui  memorandum persefahaman (MOU) dengan Sahom Valley Recreational Club (SVRC),

MOU antara Presiden TBG Mobs, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi dan Pengerusi SVRC, Shariff Ali Jabad Ali Berlangsung di Sahom Valley Resort, Kampar semalam.

Syamsul Baharin berkata, dia mendapat ilham mewujudkan hubungan dengan redOne selepas mengetahui pembabitan syarikat telco itu  bersama pasukan Terengganu FC.

“RedOne adalah penaja utama Terengganu FC. Jadi mungkin selepas ini ia boleh kembangkan sayapnya ke Perak pula.

“Apapun  jika tidak bersama Perak FC pun mungkin dengan penyokong Perak.

“Jadi TBG Mobs merintis jalan ke arah pembabitan redOne di Perak,” katanya.

Syamsul Baharin yang lebih dikenali Putra berkata, pelanggan baharu talian redOnd akan menerima satu tiket percuma perlawanan Liga Super bermula antara Perak dengan Kedah di Stadium Perak, Sabtu ini.

Sementara itu, Shariff Ali berkata, pendemik Covid-19 telah menjejas banyak perniagaan dan yang paling terkesan ialah sektor pelancongan dan sukan.

“Kerjasama yang kita saksikan hari ini adalah satu usaha untuk merancakkan kembali kedua-dua sektor ini,” katanya.

Menurutnya, SVRC adalah sebuah kelab sukan dan rekreasi yang beroperasi di Sahom Valley Resort, Kampar dan menyediakan kemudahan-kemudahan beriadah di sekitar Lembah Sahom dan khususnya di dalam kawasan resort seluas 50 ekar.

Melalui MOU itu, ahli akan menerima tiket perlawanan bola sepak Liga Malaysia secara percuma, menjadi ahli kelab untuk tempoh setahun secara percuma, menerima kad keistimewaan keahlian yang memberi kadar diskaun untuk penginapan, aktiviti beriadah serta makan dan minum, diskaun 50 peratus ke atas kadar penginapan yang diberi sekali sahaja dan menjadi ahli TBG MOBS Perak Fan Club secara percuma.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed