by

Temankan arwah bakal suami ke Kuala Lumpur

News Sources:

KUALA TERENGGANU: Bakal pengantin, Fatin Nabila Huda Ismail, 27, akan bertolak ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan majlis pengebumian bakal suaminya, Naim Hariri Kamaruddin, 31, yang dijadualkan esok.

Bapanya, Ismail Awang, 61, berkata, mereka sekeluarga akan bersama-sama mengiringi jenazah Naim Hariri itu ke ibu kota apabila urusan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini selesai.

Katanya, buat masa ini mereka masih belum sempat melihat mayat Naim Hariri selepas dikejarkan ke Unit Forensik HSNZ dari pos kawalan di sebuah resort di Pantai Kelulut, Marang.

“Malam ini kami sekeluarga akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri pengebumian arwah Naim Hariri esok.

“Alhamdulillah mayatnya sudah dijumpai cuma Fatin masih lagi bersedih dengan kejadian yang menimpa dirinya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mayat Naim Hariri yang dilaporkan lemas di Pantai Kelulut pada petang Jumaat lalu ditemukan di Pantai Alur Tuman, di Marang hari ini.

Mayatnya ditemukan terdampar di pasir oleh pasukan penyelamat pada pukul 8.55 pagi kira-kira tiga kilometer dari lokasi lemas.

Naim Hariri dijadualkan melangsungkan pernikahan dengan Fatin Nabila Huda di Masjid Kampung Surau Haji Mat Zin di Bukit Payung, Marang pada pukul 10 pagi semalam. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed