by

Tempoh PKPD dua penjara dilanjutkan

News Sources:

PUTRAJAYA: Penjara Bentong dan Penjara Taiping serta kuaters kakitangannya yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilanjutkan selama 14 hari lagi sehingga 22 Februari ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu sepatutnya tamat Selasa ini.

Beliau berkata, PKPD di Blok Transit atau Blok Muhasabah di Penjara Jelebu, Negeri Sembilan ditamatkan mengikut jadual yang ditetapkan hari ini.

Ini susulan pihak Kementerian Kesihatan mengesahkan kesemua 49 kes positif ditempatkan di situ telah sembuh sepenuhnya dan discaj selain 69 tahanan tamat tempoh kuarantin sendiri.

Sebelum ini, seluruh penjara berkenaan dan kuarters kakitangannya dikenakan PKPD sehingga 24 Januari lalu, namun hanya blok tersebut yang disambung bermula pada tarikh itu. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed