by

Ternakan arnab berpotensi jadi prospek baharu pertanian

News Sources:

HULU TERENGGANU: Bidang penternakan arnab berpotensi menjadi satu prospek baharu dalam bidang pertanian untuk diceburi rakyat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, masa depan industri ternakan arnab pedaging dan hiasan amat cerah di samping mampu memberikan pulangan menguntungkan jika diusahakan secara berskala besar. 

“Permintaan terhadap daging arnab semakin meningkat dalam kalangan pengguna dan mampu menjadi alternatif kepada sumber protein selain lembu dan kambing.

“Pengusaha ternakan boleh menjana pendapatan lumayan dan saya difahamkan seekor arnab hidup dijual RM12 sekilogram, manakala dagingnya antara RM35 hingga RM45 sekilogram,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menutup Kursus Asas Perternakan Arnab di Rumah Rehat Kuala Berang di sini semalam. 

Yang hadir sama Presiden Majlis Belia negeri, Amirullah Othman.

Sementara itu, Amirullah menggalakkan golongan belia di negeri ini untuk menceburi bidang pertanian dan penternakan sebagai pekerjaan yang memberikan pendapatan lumayan.

Katanya, bidang berkenaan penting untuk masa depan negara dan golongan muda perlu mengambil peluang yang disediakan sebagai salah satu cabang kerjaya. -UTUSAN ONLINE

The post Ternakan arnab berpotensi jadi prospek baharu pertanian appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed