by

Thailand kesan pesakit Covid-19 varian Afrika Selatan

News Sources:

BANGKOK – Thailand melaporkan 143 jangkitan koronavirus pada hari ini dan mengesan kes pertama varian Covid-19 Afrika Selatan dalam kalangan individu yang dikuarantin.

Varian itu adalah kali pertama ditemui di negara ini.

Varian Afrika Selatan itu ditemui pada seorang lelaki Thailand yang telah melakukan perjalanan dari Tanzania dan menjalani kuarantin wajib.

Ketua Pengarah Kawalan Wabak Thailand, Dr Opas KArnkawinpong berkata, pesakit berusia 41 tahun mempunyai penyakit kongenital asthma, tekanan darah tinggi dan berat badan berlebihan.

Dia telah menghabiskan masa dua bulan bekerja di Tanzania untuk membeli batu permata dan mengatakan penduduk di kawasan itu jarang memakai pelitup muka.

Pesakit itu tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada 29 Januari lalu setelah mengunjungi Ethiopia dan dikuarantin di sebuah kemudahan negeri.

Pada 3 Februari, ujian saringan Covid-19 yang dijalaninya disahkan positif dan memberikan sampel ujian transkripsi genetik memandangkan dia baru balik dari Afrika.

DDC mengesan dia pembawa varian Afrika Selatan pada 12 Februari lalu. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed