by

The Hammers mangsa terbaharu keputusan kontroversi pengadil

News Sources:

LONDON – Tindakan kontroversi pengadil, Mike Dean yang memberikan kad merah dan membuang Tomas Soucek  mengakibatkan West Ham menjadi mangsa baharu apabila terikat seri dengan Fulham.

Keputusan mengejut itu juga menghancurkan peluang The Hammers kendalian David Moyes melonjak ke empat teratas dalam carta Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Selepas Southampton menerima tempias akibat keputusan kontroversi dua pemainnya dibuang padang dalam perlawanan bertemu Man United minggu lalu, kini West Ham pula menerima nasib sama.

Soucek dilayang kad merah selepas menerjah pemain Fulham dengan sesiku tangan pada masa kecederaan tambahan memaksa skuad Hammers beraksi dengan 10 pemain sahaja.

Ekoran penelitian lama terhadap Sistem Video Penolong Pengadil (VAR) Dean dinasihati supaya memeriksa insiden itu secara sendiri dengan pegawai VAR Lee Mason meminta Dean fokus pada pergerakan Soucek.

Selepas melihat video itu berulang kali untuk lima minit, akhirnya Dean mengarahkan Soucek keluar padang sekaligus aksi berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

David Moyes menyatakan kekesalan akibat keputusan kontroversi Dean itu.

“Saya rasa malu dengan pengadil Mike Dean dan juga keputusan yang dibuat berdasarkan sistem VAR. Sangat jelas menunjukkan ia satu insiden tanpa sengaja.

“Saya pasti pengadil tidak menilai VAR dengan betul dan saya sangat malu dengan Dean yang membuang pemain kami.

“Saya juga pasti mereka (pengadil) akan cuba tampil dengan alasan remeh selepas ini untuk mewajarkan keputusan mereka di atas padang pagi tadi,” keluhnya.-MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed