by

The Red Warriors akhirnya bebas

News Sources:

KOTA BHARU: Selepas dihimpit pelbagai masalah musim lalu, Kelantan FC akhirnya akan melangkah ke musim baharu Liga Malaysia (Liga M) dengan tenang dan bersemangat apabila dibebaskan daripada larangan membeli pemain.

Berita gembira itu diterima The Red Warriors (TRW) semalam menerusi sepucuk surat yang dikeluarkan badan bola sepak dunia, FIFA selepas Kelantan berjaya melunaskan semua hutang lapuk.

Pembatalan itu hasil perjuangan pemilik baharu Kelantan FC, Norizam Tukiman yang bersemangat waja untuk ‘menyental’ hutang-hutang lapuk yang menjadi duri dalam daging TRW.

NORIZAM TUKIMAN

Norizam atau Zamsaham berkata, keputusan pembatalan sekatan tersebut diterimanya daripada badan induk itu pada pukul 5 petang semalam.

“Alhamdulillah, perjuangan saya selama empat bulan sejak mengambil alih TRW pada 3 September lalu akhirnya menemui noktah apabila berjaya menyelesaikan masalah hutang lapuk itu.

“Saya ingin merakamkan terima kasih kepada peguam Cassio Francisco de Jesus, Zhafri Aminurashid yang banyak membantu dalam urusan ini apabila kita selesaikan semua bayaran tunggakan pemain kelahiran Brazil itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang turut membantu dalam isu tersebut.

“Bila sudah lepas (sekatan) saya boleh membuat pilihan pemain terbaik untuk dibawa masuk bagi memperkuatkan pasukan termasuklah tonggak import.

“Insya-Allah, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Kelantan FC mampu memberi saingan terbaik dalam Liga Malaysia musim depan,” ujarnya.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed