by

Tiada acara, sambutan sempena Hari Keputeran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

News Sources:

SEREMBAN: Tiada sebarang acara atau sambutan akan diadakan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-73 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 14 Januari ini.

Menteri Besar Negeri Sebilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, hanya akan dilangsungkan ialat Istiadat Pengurniaan Pingat dan Darjah Kebesaran di Istana Besar Seri Menanti.

Jelasnya, keputusan tersebut diambil berikutan keadaan negara yang kini masih lagi berdepan dengan situasi penularan pandemik Covid-19.

“Kerajaan negeri telah bersedia dengan prosedur operasi standard (SOP) tentang hari pengurniaan darjah dan bintang kebesaran oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar yang akan diadakan di Istana Seri Menanti 14 Januari ini.

“Pada sebelah pagi pula, tiada perbarisan kehormatan seperti sebelum ini. Hanya akan berlangsung Istiada Pengurniaan Pingat darjah kebesaran sahaja, manakala, program luar padang dibatalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed