by

Tiada bakteria SE dari ladang ayam  

News Sources:

PUTRAJAYA: Tiada bakteria salmonella enteritidis (SE) ditemui pada sampel diambil dari ladang ayam penelur CEM 014 Linggi Agriculture Farm.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memaklumkan, hasil tersebut diperoleh menerusi keputusan ujian  ke atas sampel calitan kloaka, calitan najis, sampel telur, makanan dan air minuman yang diambil dari ladang ayam itu.

“DVS  memaklumkan bahawa program pemantauan salmonella ke atas 276 ladang ayam penelur seluruh negara dipertingkatkan bagi memastikan bekalan dan keselamatan telur yang dipasarkan.

“Pengguna dinasihatkan memastikan telur yang dibeli adalah bersih, tiada pencemaran najis, tidak retak, disimpan di tempat yang sesuai dan dimasak dengan sempurna sebelum dimakan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Pencemaran SE boleh berlaku di peringkat ladang disebabkan amalan penternakan kurang baik, aspek biosekuriti dan kebersihan ladang atau di sepanjang rantaian pemasaran disebabkan pengendalian telur kurang bersih. 

Sebelum ini, Singapura mengarahkan empat pengimport untuk menarik balik pasaran telur yang dihasilkan sebuah syarikat di negara ini sebagai langkah berjaga-jaga.

 Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam laman web mereka menyatakan arahan itu dibuat berikutan penemuan SE pada produk tersebut yang boleh menyebabkan penyakit jika makanan itu dimakan secara mentah atau separuh masak. 

Dalam kenyataan akhbar DVS pada 21 Mac lalu, jabatan tersebut turut memaklumkan tiada bakteria salmonella dikesan ke atas sampel ladang ayam penelur CES 008. – UTUSAN

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed