by

Tiada kepentingan pertahan MN – Utusan Digital

News Sources:

MARANG: Pas sudah melakukan yang terbaik dalam kerjasama Muafakat Nasional (MN) dan tiada sebab parti itu perlu memikirkan sejelas-jelasnya tentang kepentingan mempertahankan gagasan berkenaan sebagaimana dipinta sekutunya, UMNO.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu akan terus memperkukuhkan MN selagi UMNO tidak tersasar daripada matlamat asal muafakat iaitu menyatukan ummah dan mengelak perpecahan.

Katanya, sejarah telah membuktikan Pas tidak kerugian dalam semua kerjasama politik dengan pihak lain, malah terus bertahan hingga kini walaupun ada beberapa parti yang berkubur dan terkulai selepas perpisahan.

“Kita sudah bersetuju dalam MN, saya dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sudah menandatangani piagam, saya boleh tunjukkan surat.

“Kita sudah buat sebaik-baiknya (dalam MN), Pas tidak perlu (berfikir) kerana kita mempunyai banyak pengalaman dan pernah bekerjasama dengan semua. Bacalah sejarah dari tahun 50-an, siapa yang bekerjasama dengan kita dan di mana mereka sekarang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di Masjid Rusila di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahmad Zahid supaya Pas berfikir sejelas-jelasnya mengenai kepentingan untuk mempertahankan gagasan MN yang asli.

Zahid menyarankan Pas mengambil iktibar kisah Angkatan Perpaduan Ummah dan Semangat 46 dahulu yang semuanya gagal kerana gabungan politik dibentuk tidak jujur dan asli.

Sementara itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, asas kerjasama Pas adalah mengutamakan parti yang kurang membawa mudarat terhadap agenda penyatuan ummah di samping ekstremisme dan liberalisme.

“Asas itu yang kita laksanakan sekarang, orang ramai boleh menilai siapa yang membawa mudarat ketika ini.

“Dalam UMNO kamu lihat sendiri, UMNO Sabah lain (pendirian), Perlis lain, Johor lain dan juga Selangor,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed