by

Tiada kes jangkitan Covid-19 di pusat pemindahan banjir

News Sources:

PUTRAJAYA: Tiada kes jangkitan Covid-19 dilaporkan di 71 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Kelantan, Terengganu dan Pahang setakat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 8,244 mangsa banjir telah dipindahkan di kesemua PPS itu dengan aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit dijalankan secara berterusan.

Menurut beliau, sebanyak 49 pasukan petugas perubatan dan kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah digerakkan ke PPS yang dibuka bagi memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan rawatan.

“Hasil pemantauan yang dijalankan sehingga kini mendapati tiada kejadian wabak penyakit berjangkit berlaku di PPS,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook beliau malam ini.

Noor Hisham memberitahu, salah satu fasiliti kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Rantau Panjang, Kelantan turut terjejas akibat banjir dan perkhidmatan berkaitan telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi.

Katanya, dalam situasi negara masih dilanda pandemik Covid-19, keadaan yang sesak seperti di PPS boleh meningkatkan risiko bagi penularan penyakit.

Sehubungan itu kata beliau, pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dan amalan kebiasaan baharu semua mangsa banjir di PPS perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua agensi yang terlibat.

“Mangsa-mangsa banjir hendaklah sentiasa menjaga kesihatan kendiri, mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

“Selain itu, mangsa-mangsa banjir juga perlu memaklumkan kepada anggota kesihatan jika bergejala dan patuh kepada lain-lain arahan yang diberikan oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

The post Tiada kes jangkitan Covid-19 di pusat pemindahan banjir appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed