by

Tiada pelepasan air dari Empangan Cameron Highland

News Sources:

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi hantaran (posting) media sosial yang ditularkan pihak tidak bertanggung jawab berkenaan pelepasan air Empangan Cameron Highland hingga menyebabkan banjir.

Menurut TNB, paras air di empangan hidroelektrik miliknya di Cameron Highland, Pahang, berada di bawah paras limpahan dan tiada pelepasan air berlaku seperti didakwa dalam hantaran media sosial.

“Paras air di dua lagi empangan TNB iatu Tasik Kenyir, Terengganu dan Sungai Perak, Perak, juga di bawah paras limpahan dan tiada pelepasan air dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas syarikat utiliti negara itu, sejak Ogos tahun lalu, TNB telah membuat persediaan awal di di ketiga-tiga empangan berkenaan dengan melakukan pelepasan terkawal bagi menurunkan paras air empangan agar dapat menampung peningkatan jumlah air ketika musim tengkujuh.

TNB juga katanya, telah mengadakan beberapa siri taklimat persediaan dan latihan kecemasan di stesen-stesen hidroelektrik dan pejabat operasi bagi meningkatkan kecekapan dan siap siaga semua pihak.

“Orang ramai dinasihatkan agar menyemak kesahihan hantaran di media sosial sebelum membuat perkongsian bagi mengelakkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik, orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454 atau facebook TNB CareLine. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed