by

Tidak peduli berjangkit Covid-19, 132 ditahan gagal jarak fizikal

News Sources:

PUTRAJAYA: Walaupun diketahui wabak Covid-19 boleh berjangkit dalam jarak dekat, orang ramai tetap tidak peduli prosedur operasi standard (SOP) berhubung penjarakan fizikal.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu terbukti apabila seramai 132 individu ditahan kerana kesalahan ingkar penjarakan fizikal yang merupakan kes tertinggi tangkapan melibatkan kegagalan pematuhan SOP.

Menurut beliau, kesalahan itu antara 249 kes keseluruhan tangkapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam dengan 248 daripadanya dikompaun manakala seorang dijamin.

“Selain itu turut ditahan kerana gagal memakai pelitup muka (63) dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran  pelanggan (54).

Sebanyak 47,811 pemeriksaan dilakukan semalam melalui 2,777 Pasukan Pematuhan melibatkan 12,489 anggota,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Operasi Benteng juga berjaya menahan 46 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua tekong serta merampas lapan kenderaan darat selain mengadakan 118 sekatan jalan raya.

Beliau menegaskan, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba  memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguat kuasa terus  mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus.

Ismail Sabri turut memberitahu, sejak 24 Julai lalu, seramai 88,827 individu pulang ke tanah  air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di 73 hotel dan 16 premis lain. 

Daripada jumlah itu, katanya, seramai  8,357 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 532 individu dihantar ke hospital untuk rawatan selain 79,938 lagi dibenarkan pulang.  

Mengenai pemeriksaan di tapak binaan, beliau berkata, sejak 20 April lalu, sebanyak 13,977 pemeriksaan telah dilakukan oleh anggota penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan  Malaysia (CIDB) melibatkan 7,996 tapak binaan di seluruh negara.  

“Semalam, anggota penguat kuasa membuat pemeriksaan di 12 tapak binaan di  seluruh negara dan kesemua 12 tapak binaan mematuhi SOP ditetapkan,” katanya. 

Mengulas lanjut, kata beliau, Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri  dan Hal Ehwal Pengguna membuat pemantauan harian ke atas 11 jenis  bekalan barangan di 594 premis perniagaan termasuk peruncit (438), pemborong (127)  dan pengilang (29). 

Secara keseluruhan katanya, bekalan barangan keperluan mencukupi dan  mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperoleh. 

“Pegawai penguat kuasa kementerian juga melakukan 675 pemeriksaan khas  Pematuhan SOP dan kesemua premis yang diperiksa mematuhinya,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed