by

Tijal dera anak saudara diburu polis

News Sources:

KLANG: Polis memburu seorang wanita dikenali sebagai Tijal bagi membantu siasatan disyaki terlibat mendera anak saudara perempuannya sejak dua tahun lalu. 

Suspek yang juga dikenali sebagai Maria berusia 40 tahun dan merupakan warga kemboja dengan alamat terakhir di B-3-10, Tingkat 4, Blok B, Flat Taman Kapar Setia, Kapar di sini. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, mangsa telah dibawa ke balai polis oleh seorang sukarela yang membantu komuniti Kemboja di negara ini dan mempunyai hubungan rapat dengan kedutaan Kemboja. 

Menurutnya, berdasarkan laporan mangsa berusia 16 tahun, remaja terbabit mendakwa suspek sering memukul dengan kayu di kepala, telinga digunting sehingga putus separuh serta disimbah air panas di tangan kirinya. 

“Penderaan ini menyebabkan mangsa mengalami kesakitan dan lebam di kepala, muka dan tangan kiri. 

“Mangsa telah dibawa ke balai polis oleh seorang sukarela yang telah melihat sebuah video di dalam kumpulan aplikasi WhatsApp menunjukkan mangsa didera oleh Tijal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Oleh demikian, Nurulhuda berkata, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden, M. Sathiyaseelan menerusi talian 012-5197913. 

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. – UTUSAN

The post Tijal dera anak saudara diburu polis appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed