by

Timbalan Gabenor terbunuh dalam letupan bom di Afghanistan

News Sources:

KABUL: Seorang timbalan gabenor wilayah Kabul dan pembantunya terbunuh dalam satu kejadian letupan bom di ibu kota Afghanistan, kata pihak berkuasa.

Menurut kementerian dalam negeri, Mahbobullah Mohebi terbunuh selepas sebutir bom yang dipasang pada kenderaannya meletup ketika dalam perjalanan ke pejabatnya.

Dalam kejadian itu, setiausahanya turut terkorban manakala dua pengawal peribadi mengalami kecederaan.

Keganasan semakin meningkat di seluruh negara itu sejak rundingan damai dilancarkan antara kerajaan dan Taliban di Qatar pada September lalu.

Afghanistan terutamanya Kabul menyaksikan insiden pembunuhan membabitkan tokoh-tokoh terkemuka termasuk wartawan, ulama, ahli politik dan aktivis.

Minggu lalu, seorang penyampai berita wanita Afgahnistan ditembak mati di bandar timur Jalalabad, insiden kedua pembunuhan wartawan dalam tempoh sebulan. – AFP

The post Timbalan Gabenor terbunuh dalam letupan bom di Afghanistan appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed