by

TM menang 2 anugerah platinum NACRA 2020

News Sources:

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Berhad (TM) meneruskan kecemerlangannya di Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan (NACRA) 2020 apabila membawa pulang dua anugerah Platinum dalam majlis yang dianjurkan secara maya di sini, baru-baru ini.

TM merangkul Anugerah Kecemerlangan Platinum bagi syarikat dengan Permodalan Pasaran RM2 bilion hingga RM10 bilion. Kemenangan itu adalah kali kelima buat syarikat telekomunikasi itu.

Syarikat turut meme­na­ngi Anugerah Khas, Anugerah Laporan Tahunan Bahasa Malaysia Terbaik.

Mengulas kemenangan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Imri Mokhtar berkata, sebagai syarikat senaraian awam, TM komited terhadap komunikasi yang baik dengan para pemegang saham bagi memastikan semua pihak berkepentingan sentiasa mempunyai maklumat berkenaan syarikat.

“Ini mengukuhkan asas pelaporan korporat, membina kepercayaan, reputasi dan nilai sambil memenuhi keperluan senaraian Bursa Malaysia. Anugerah-anugerah ini adalah bukti kesungguhan kami untuk mengekalkan tahap urus tadbir korporat, ketelusan dan pendedahan maklumat yang tinggi dalam kami berusaha memberikan nilai lebih tinggi kepada semua pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Imri, pandemik Covid-19 yang masih berterusan terbukti bukanlah penghalang untuk pasukan TM memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Katanya, tahun ini juga me­nyaksikan TM buat julung kalinya menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) secara maya.

“Saya secara peribadi berasa bangga dengan pencapaian-pencapaian ini dan berharap ia memberi dorongan kepada kami untuk melakukan yang lebih baik di masa hadapan,” tambah beliau.

Anugerah NACRA dianjurkan secara bersama oleh Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia), Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA). – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed