by

TMJ rasmi Tunku Mahkota Ismail Youth Centre

News Sources:

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berkenan merasmikan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru di Hutan Bandar di sini hari ini.

Berangkat sama ke program berkenaan, isteri Baginda, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

Sementara itu, Hasni memberitahu, kerajaan Johor sentiasa komited dalam usaha merangka dan melaksana pelbagai program bagi memperkasa golongan muda di negeri ini.

Katanya, perasmian TMIYC Johor Bahru merupakan antara inisiatif untuk mencapai perkara berkenaan selain turut merupakan langkah pertama bagi menubuhkan TMIYC di semua daerah negeri ini.

“Kerajaan negeri dalam Belanjawan Johor 2021 telah memperuntukkan sebanyak RM57.3 juta untuk melaksanakan pelbagai inisiatif berkaitan dengan nadi Orang Muda Johor.

“Penubuhan TMIYC Johor Bahru merupakan penanda aras kepada tahap komitmen dan kesungguhan kerajaan negeri dalam merangka dan melaksanakan dasar pemerkasaan orang muda di negeri ini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian pusat belia itu.

Pusat berkeluasan 6.07 hektar itu menempatkan 11 kemudahan untuk pelbagai aktiviti antaranya termasuklah Pump Track, Canopy Walk, Youth Centre, Mountain Bike Trail, Chill Pods, Rock Yard, Parkour Park, Kiddo Ground dan Skatepro.

TMIYC dibangunkan dengan tujuan untuk menjadi platform bagi komuniti belia menjalankan aktiviti rekreasi dan beriadah secara santai.

Sementara itu, Hasni turut memberitahu, pihaknya akan mewujudkan sebuah pangkalan data belia Johor dengan peruntukan RM500,000 menerusi agenda Johor Digital.

“Pangkalan data ini akan membekalkan maklumat komprehensif berkaitan golongan belia kepada pembuat dasar negeri ini dalam merangka inisiatif yang lebih berkesan pada masa depan.

Dalam masa sama, Tunku Ismail turut berkenan melancarkan penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Southern Volunteers yang mampu menjadi pemangkin kepada budaya kesukarelaan.

Menurut Hasni, pihaknya berharap NGO berkenaan mampu menggalas tanggungjawab dalam menjalankan misi kemanusiaan membantu golongan memerlukan sama ada di peringkat akar umbi serta luar negara.-UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed