by

TNB sumbang RM307,700 untuk YKN

News Sources:

al Berhad (TNB) menyumbangkan RM307,700 kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) sebagai sokongan untuk projek Anjung Kasih YKN, minggu lalu.

Sumbangan terbaharu itu menjadikan jumlah bantuan yang diberikan TNB kepada YKN sejak 2018 sebanyak RM2.9 juta.

Menurut agensi itu, TNB telah menyumbang kepada penubuhan dua Anjung Kasih yang merupakan kemudahan penginapan sementara kepada pesakit atau waris pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan secara percuma.

“Kemudahan kerjasama TNB dan YKN ini bermula di Hospital Serdang yang beroperasi sejak 2018, diikuti Hospital Melaka yang baru disiapkan dan bakal digunakan tidak lama lagi.

“Sepanjang tempoh pandemik Covid-19, Anjung Kasih YKN tajaan TNB di Hospital Serdang turut digunakan oleh petugas barisan hadapan hospital, yang perlu sentiasa bersiap sedia dalam menjalankan tugasan secara ad hoc di hospital,” katanya dalam kenyataan di sini.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut diadakan di Putrajaya pada 22 Disember lalu.

Sumbangan disampaikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed