by

Tommy seorang yang berani – Dr Kamarul

News Sources:

KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas disifatkan sebagai individu berani apabila menulis pengalaman beliau dalam buku memoir My Story: Justice In Wilderness.

Bagaimanapun, menurut pengulas politik, Dr. Kamarul Zaman Yusof berkata, tindakan Thomas mendedahkan beberapa rahsia hidupnya boleh digunakan untuk menyerang beliau semula.

“Saya terpaksa beri tabik hormat kepada Tommy Thomas kerana keberanian mendedahkan beberapa perkara sensitif di dalam kehidupan peribadinya dan kehidupan keluarganya sedangkan kesemua perkara ini mungkin sahaja boleh digunakan untuk menyerang beliau kembali, umpamanya bagi mempersoalkan tahap patriotismenya kepada negara,” katanya hari ini.

Dr Kamarul Zaman Yusof

Kamarul berkata pendedahan Thomas juga menimbulkan persoalan akan semangat patriotisme beliau.

Dalam buku itu, Thomas menjelaskan, kedua-dua ibu bapanya dan kedua-dua ibu bapa isterinya, Sherry, adalah migran dari Kerala, India, di mana bapanya hanya berhijrah ke Malaya pada tahun 1939, ibunya hanya berhijrah ke Malaya pada tahun 1951 dan ibu bapa isterinya hanya berhijrah ke Malaya menjelang Malaya merdeka.

“(Thomas) […]berani mendedahkan bahawa kedua-dua ibu bapanya, walaupun bekerja makan gaji dengan kerajaan, tidak menyokong banyak dasar kerajaan, tidak mengundi calon-calon Perikatan dan Barisan Nasional secara tetap dan konsisten serta merupakan menyokong kepada pemimpin-pemimpin pembangkang yang berkarisma.

“Berani mendedahkan bahawa dia tidak mendaftar sebagai pengundi dan tidak pernah keluar mengundi sehinggalah pada PRU 2008 kerana berpendapat tiada guna dia keluar mengundi bila sistem pilihan raya telah dimanipulasi sebegitu rupa sehingga parti pemerintah akan tetap menang di dalam setiap pilihan raya yang dilangsungkan.

“Berani mendedahkan bahawa dia, isteri dan anaknya, dan kedua-dua ibu bapanya berhijrah ke Vancouver, Kanada dengan mendapat taraf pemastautin tetap pada November 1988 kerana tertekan dengan kehidupan di Malaysia dan hanya kembali ke Malaysia pada April 1991 setelah menghadapi kesukaran dalam kerjayanya di sana,” ,” kata Kamarul lagi.

Buku My Story: Justice In Wilderness menjadi topik hangat kini apabila menyentuh beberapa dakwaan antara dakwaan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak dalang kepada tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969, pelantikan jawatan tertinggi kehakiman negara diputuskan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan turut memperlekeh Jabatan Peguam Negara dan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed