by

Tonton wayang bersendirian di pulau selama seminggu

News Sources:

SWEDEN: Festival Filem Goteborg menjemput seorang peminat wayang untuk menghabiskan masa selama tujuh hari di pulau rumah api terpencil dengan tayangan filem sambil menikmati angin bayu laut.

Lapor CNN, seperti festival filem lain termasuk mengambil kira aspek penjarakan sosial, Festival Goteborg akan ditayangkan secara digital akibat pandemik Covid-19 dengan penganjur memutuskan untuk menawarkan hanya seorang penonton merasai pengalaman berbeza yang dinamakan sebagai ‘wayang terpencil’.

Peminat terpilih akan dihantar menggunakan bot ke Pulau Pater Noster yang disifatkan pengarang artistik Fesitval Filem Goteberg, Jonas Holmberg sebagai antara tempat paling cantik dan dramatik.

Sejurus sampai, mereka akan ditempatkan di kediaman bekas penjaga rumah api dan menghabiskan masa selama seminggu dari 30 Januari hingga 6 Februari menonton tayangan filem Goteborg.

Penonton tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, komputer riba, buku mahupun sebarang peralatan yang boleh mendatangkan gangguan.

Holmberg memberitahu CNN, idea itu terinspirasi bagaimana orang ramai beralih ke tayangan filem semasa wabak melanda.

“Kami berminat untuk mengetahui bagaimana hubungan penonton terhadap filem berubah disebabkan pandemik dan mahu mengkaji hubungan ini dengan mengasingkan seorang penonton di laut tersebut selama seminggu dengan tayangan filem sebagai peneman,” katanya.

Mana-mana individu yang berminat boleh memohon secara dalam talian dengan menghantar emel dan menyatakan mengenai diri anda serta alasan kenapa berminat dengan wayang terpencil.

Tarikh akhir menghantar permohonan adalah pada 17 Januari dan pihaknya sudah menerima permohonan dari seluruh dunia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed