by

Tottenham mahu tamatkan kemarau 13 tahun

News Sources:

LONDON: Jose Mourinho mahu Tottenham memanfaatkan kejayaan melangkah ke final Piala Liga dengan merangkul trofi pertama dalam tempoh 13 tahun selepas menewaskan Brentford 2-0 pagi tadi.

Moussa Sissoko meletakkan Spurs di depan dalam separuh akhir di Stadium Tottenham Hotspurs, namun mereka bergelut untuk menambah jaringan berdepan kelab Liga Kejuaraan, Brentford sehinggalah Son Heung-Min meledak gol kedua ketika permainan berbaki 20 minit.

Tottenham akan menentang Manchester United atau juara bertahan, Manchester City yang berentap dalam satu lagi separuh akhir pagi esok.

Perlawanan akhir akan berlangsung pada 25 April di Wembley.

Ia final domestik pertama Spurs sejak tewas kepada Chelsea pada Piala Liga 2015 dan juga perlawanan akhir pertama dalam semua kejohanan sejak tewas kepada Liverpool pada Liga Juara-Juara 2019 di Madrid.

MOUSSA Sissoko meledak gol pembuakaan Tottenham.

“Kami kena tunggu dalam tiga bulan lagi, untuk perlawanan akhir. Kami perlu fokus kepada saingan lain selepas ini.

“Ada Piala FA, Liga Perdana dan Liga Europa menanti, jadi lupakan final seketika tetapi apabila April tiba, kami perlu bersedia dan berjuang untuk trofi,” kata Mourinho.

Mourinho yang dilantik pada November tahun lalu berharap dapat membawa Tottenham menjulang trofi pertama mereka sejak Piala Liga 2008.

Dia telah menjuarai kejohanan itu empat kali, tiga kali bersama Chelsea dan sekali ketika membimbing Manchester United pada 2017.

Mourinho pengurus ketiga mara ke final Piala Liga bersama tiga kelab berbeza selain Ron Atkinson dan Ron Saunders. – AFP





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed