by

Traktor bantu mangsa banjir di Padang Kubu

News Sources:

KEMAMAN: Traktor terpaksa digunakan untuk membantu mangsa banjir di Kampung Padang Kubu di sini memindahkan barangan selepas kediaman mereka dinaiki air sejak petang semalam.

Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Padang Kubu, Sudin Muda berkata, antara yang dipindahkan termasuk motosikal penduduk yang tidak sempat diselamatkan dalam bencana banjir itu.

Di samping itu, katanya, kenderaan tersebut turut digunakan bagi menghantar bekalan makanan dan barangan keperluan kepada 50 penduduk daripada 15 keluarga di Kampung Masjid Lama Padang Kubu yang terputus hubungan apabila jalan utama ke perkampungan tersebut ditenggelami air.

Katanya, jarak dari Kampung Padang Kubu ke Kampung Masjid Lama Padang Kubu tidak jauh dan cuma kira-kira tiga kilometer sahaja, namun keadaan air banjir yang deras menyebabkan mereka terpaksa menggunakan khidmat traktor.

“Kediaman penduduk di Kampung Masjid Lama Padang Kubu tidak terjejas banjir dan hanya laluan utama sahaja yang dinaiki air, jadi mereka tidak boleh keluar ke mana-mana untuk mendapatkan barangan.

“Setakat ini kita telah menghantar 10 kilogram beras, gula dan gandum untuk penduduk di kampung itu di samping akan menambah bekalan serta keperluan lain jika tidak mencukupi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sudin turut berterima kasih kepada pihak Kilang Sawit Kampung Padang Kubu yang membenarkan penduduk menggunakan traktor tersebut dalam urusan banjir. -UTUSAN ONLINE

The post Traktor bantu mangsa banjir di Padang Kubu appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed