by

Trump bebas pertuduhan rusuhan Capitol

News Sources:

WASHINGTON: Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) membebaskan Donald Trump daripada pertuduhan menghasut rusuhan di Capitol dalam perbicaraan pendakwaan kali kedua yang dihadapi oleh bekas presiden itu.

Keputusan itu sekali gus menamatkan usaha Demokrat untuk mendesak Trump supaya bertanggungjawab atas kejadian rusuhan yang  berlaku pada 6 Januari lalu.

Perbicaraan selama lima hari itu berakhir dengan hasil pengundian 57-43, iaitu undian majoriti tidak mencukupi untuk mensabitkan Trump.

Keputusan itu menyaksikan tujuh anggota Republikan turut menyertai kesemua 50 ahli Demokrat untuk menyokong Trump disabitkan dengan kesalahan berkenaan.

Bagaimanapun, majoriti diperoleh tidak mencukupi berikutan undi dua per tiga daripada jumlah 100 anggota dewan atau 67 senator diperlukan bagi sabitan.

Sementara itu, Trump dalam satu kenyataan pula menyatakan gerakan politik beliau ‘baru saja bermula’.

“Gerakan kita yang bersejarah, patriotik dan indah untuk menjadikan Amerika hebat sekali lagi baru saja bermula,” katanya. – AFP





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed