by

Trump berdepan pendakwaan kali kedua

News Sources:

WASHINGTON: Parti Demokrat sedia membuat pendakwaan sekali lagi terhadap Donald Trump kerana Presiden Amerika Syarikat (AS) itu tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berundur selepas insiden rusuhan di bangunan Capitol, baru-baru ini.

Menurut Demokrat, prosiding pendakwaan boleh bermula seawal hari ini namun tidak mungkin diselesaikan sebelum presiden baharu mengangkat sumpah 20 Januari ini. 

Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi memberi amaran Demokrat akan melakukan proses berkenaan kecuali jika Trump meletakkan jawatan atau naib presiden, Mike Pence, memohon Pindaan Ke-25 bagi membolehkan Kabinet menyingkirkan presiden itu.

“Beliau kurang siuman dan berbahaya. Beliau harus pergi,” kata Pelosi yang merujuk kepada Trump dalam satu ciapan di Twitter.

Langkah pendakwaan itu dibuat di tengah kemarahan berterusan masyarakat berhubung insiden rusuhan penyokong Trump di Capitol sehingga menyebabkan lima orang meninggal dunia termasuk seorang anggota polis. 

Dalam pada itu, ahli Kongres dari Demokrat, Ted Lieu berkata, teks pendakwaan itu yang telah ditandatangani sekurang-kurangnya 180 anggota Kongres setakat ini, meletakkan kesalahan terhadap Trump.   

“Dalam semua perkara ini, Presiden Trump telah membahayakan keselamatan AS dan institusi kerajaan. 

“Beliau mengancam integriti sistem demokratik, menganggu peralihan kuasa secara aman dan menjejaskan cabang kerajaan yang menyelaras,” jelas teks tersebut. – AFP





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed