by

TTONTHEMOVE kembali gegar muzik underground

News Sources:

KUALA LUMPUR – Kumpulan underground, TTONTHEMOVE kini kembali menggegarkan arena muzik dengan melancarkan single ROY yang merupakan  sekuel ketiga dalam siri Rompak Sound.

Dianggotai tujuh anak muda, Izhar (Kelab Nyoz), Giant, Tulangkata, Boi Tasik, Leodin, dam13n, MUHsroom dan BHeart, lagu itu tercetus apabila Izhar sendiri mengetengahkan idea bagi menghasilkan beat Trap-Kapak.

Mula dilancarkan pada 5 Februari lalu, eksperimentasi muzik kali ini menyajikan kombinasi baharu buat TTONTHEMOVE dalam menemukan jalan tengah antara muzik trap ‘new-school’ dengan rock-kapak ‘old-school’.

Lagu yang mendapat sentuhan lirik daripada Tulangkata, Boi Tasik, Leodin, dam13n, MUHsroom, B-Heart dan Zynakal ini juga menginspirasikan lagu malar segar Pelesit Kota oleh kumpulan legenda Search sebagai rujukan Rompak Sound kali ini.

Lagu ini disusun oleh kesemua ahli termasuk Zynakal, baris-baris lirik lagu ini memberi perspektif pada sub-kultur ‘rempit’ dan pengaruhnya pada cara hidup remaja abad 21.

Setiap baris padat dengan referensi, metafora serta simbolisme dari dunia permotoran dan kehidupan sosial seperti yang dapat dilihat dalam filem Gila-Gila Remaja.

Projek yang dihasilkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dijangka akan memecah tembok antara muzik generasi lama dan baharu. TTONTHEMOVE bersedia untuk mencuba genre ‘Trap Kapak’ bagi membuka perspektif baharu dalam arena muzik hip hop tempatan.

Tulangkata selaku wakil TTONTHEMOVE menjelaskan mereka kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada penghasilan muzik segar dan unik biarpun pernah terpalit kontroversi pertelingkahan dengan satu kumpulan rap terkenal tahun lalu.

“Semoga sekuel ketiga Rompak Sound ini akan membuka jalan baharu buat TTONTHEMOVE untuk terus bereksperimentasi dalam pembikinan lagu. Lagu ROY menerusi sekuel Rompak Sound ini dihasilkan bagi mencari kombinasi terbaik dalam pembikinan lagu melalui pelbagai eksperimen di dalam dan luar studio.

“Biarpun pernah terpalit kontroversi berantakan dengan pemuzik lain tahun lalu, fokus kami tahun ini sememangnya bagi menghasilkan lebih banyak lagu yang segar dan ‘rare’.

“Kami sudah melupakan tragedi hitam itu malah kini teruja untuk berkolaborasi bersama Zynakal yang hadir dengan alter-ego Raq dalam lagu ini yang mana ia adalah kolaborasi pertama Zynakal bersama kumpulan rap underground,” katanya.

Dalam masa sama, Tulangkata berharap lagu itu dapat membuka mata masyarakat mengenai muzik yang dibawa.

“Besar harapan kami agar lagu ini dapat membuka mata masyarakat mengenai keseimbangan kombinasi antara muzik barat dan rock-kapak timur.

“Semoga sekuel ketiga Rompak Sound ini akan membuka jalan baharu buat TTONTHEMOVE untuk terus bereksperimentasi dalam pembikinan lagu serta mendapat sambutan ramai sekali gus membuka jalan baharu buat kami dalam arena muzik tanah air,” katanya.

TTONTHEMOVE tertubuh sejak penghujung tahun 2019 apabila sekumpulan anak muda nekad mengekspresikan rasa jiwa mereka melalui muzik rap.

Mereka sebelum ini juga pernah melancarkan lapan lagu termasuk Runnagang dan Lu Tahu Tu yang mendapat sambutan luar biasa daripada peminat muzik ‘underground’ negara.

Tahun ini juga diharap bakal bersinar dan memberi cahaya kejayaan buat TTONTHEMOVE dalam arena muzik arus perdana.

Lagu ROY oleh TTONTHEMOVE feat. Raq kini sudah tersedia di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala lirik videonya boleh ditonton di YouTube channel TTONTHEMOVE. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed