by

Tubuhkan RCI, siasat dakwaan Hamid Bador – Gobind – JohorKini

News Sources:

KUALA LUMPUR, 4 MEI: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu segera ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan-dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, kata ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Katanya siasatan tersebut perlu dilakukan segera kerana berkait dakwaan serius seperti campur tangan politik dalam urusan pentadbiran Polis Diraja Malaysia (PDRM), kartel dan tindakan merasuah ahli politik untuk lompat parti.

“Pendedahan ini besar dan serius kerana memberi kesan negatif kepada PDRM serta RCI yang merupakan pasukan penguatkuasa penting dalam negara, malah rakyat juga bergantung kepada mereka untuk sebarang masalah,” ujarnya dalam ucapan perasmian Konvensyen Biasa Negeri DAP Johor 2021 di Batu Pahat pada 2 Mei 2021.

Soalnya, sekiranya wujud amalan kartel dan budaya rasuah, bagaimana rakyat akan yakin dengan sistem kepolisan di Malaysia?

“Apabila perkara ini dibangkitkan, kenyataan balas dikeluarkan kerajaan adalah perkara ini akan disiasat tetapi secara dalaman.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula menyatakan mereka yakin masalah ini boleh diselesaikan secara dalaman, tapi ini soal rasuah,” katanya lagi.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi DAP itu dilaporkan Roketkini berkata, sekiranya dakwaan itu benar, maka kerajaan perlu ambil tindakan tegas, namun jika tidak benar, satu kenyataan rasmi perlu dikeluarkan dan tidak membiarkan perkara tersebut tergantung begitu sahaja.

Sebelum ini, seluruh Malaysia dikejutkan dengan satu sidang media khas oleh Abdul Hamid Bador yang mendakwa wujud campur tangan politik dalam urusan pentadbiran PDRM.

Malah, dalam sidang media tersebut beliau turut menggesa SPRM supaya berani menyiasat pemimpin politik yang menjadikan lompat parti sebagai satu budaya politik tidak sihat di Malaysia.

Johorkini

 



Post Views:
2





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed