by

Tujuh lelaki mengaku tidak bersalah rogol murid tahun enam

News Sources:

KEMAMAN: Tujuh remaja termasuk enam di bawah umur didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Kanak-Kanak di sini hari ini atas pertuduhan merogol murid tahun enam, awal bulan ini.

Enam tertuduh yang berusia 14 hingga 16 tahun bersama seorang pemuda berusia 19 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha dan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merogol kanak-kanak berusia 12 tahun itu di samping melakukan persetubuhan luar tabii di sebuah rumah di Chukai antara pukul 4 pagi hingga 12 tengah malam pada 7 dan 8 Disember lalu.

Pemuda berusia 19 tahun itu didakwa atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan 377B akta sama.

Enam remaja bawah umur lain pula masing-masing didakwa antara satu hingga lima pertuduhan membabitkan kesalahan sama iaitu rogol dan persetubuhan luar tabii.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Hafizuddin Manjur Ahmad.

Kesemua enam tertuduh bawah umur diwakili peguam bela, Akmal Wahidah Abd. Halim manakala, Mohd. Aiman diwakili Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

Mahkamah kemudian membenarkan enam tertuduh bawah umur diikat jamin antara RM5,000 hingga RM10,000 di samping Mohd. Aiman diikat jamin sebanyak RM6,000, masing-masing dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan beberapa syarat tambahan iaitu kesemua tertuduh dilarang mendekati mangsa, ahli keluarga atau saksi dan sebutan semula kes pada 1 Februari depan untuk serahan dokumen. – UTUSAN ONLINE 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed