by

Tular video kanak-kanak lari dari rumah didera

News Sources:

SHAH ALAM: Tular video kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun didakwa dihalau ibu bapanya sendiri ditemui di sekitar jalan raya menuju ke sebuah pasar raya di Setia Alam di sini, semalam.

Video berdurasi satu minit 33 saat itu dimuat naik  oleh seorang pengguna laman instagram, faizbm.

Menurutnya, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu menunggang basikal sendirian dan membawa beg galas itu ditemukan pukul 3.30 petang oleh dia dan isteri yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di kawasan berhampiran.

Katanya, kanak-kanak itu mendakwa dalam perjalanan menuju ke rumah nenek di Batu Belah, Klang.

“Ketika ditemukan, kanak-kanak ini sedang bersedih sebelum dibawa menikmati makanan di sebuah restoran makanan segera. Kanak-kanak ini mengatakan kerap dimarahi dan didera oleh ibu bapanya sebelum bertindak keluar daripada rumahnya di D’Kiara ( Puchong).

“Lebih menyedihkan, ibu bapanya memberikan ‘keizinan’ dan menemankannya turun sehingga keluar bilik pengawal rumah berkenaan,” katanya menerusi laman Instagramnya.

Tambahnya lagi, kanak-kanak terbabit turut mendakwa ibu bapanya sempat berpesan sekiranya dirogol agar tidak menyalahkan mereka.

“Ibu bapanya dikatakan hanya akan membuat laporan polis sekiranya kehilangan anak,” jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Anak Embol berkata, kanak-kanak terbabit ditemukan di Taipan Setia Alam kira-kira pukul 4 petang dan diserahkan kepada polis bantuan dua jam berikutnya.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan penderaan pada tubuh badan kanak-kanak terbabit dan ibu bapa telah hadir ke balai polis untuk mengambilnya pada hari yang sama .

“Ibu bapa mangsa juga akan membuat laporan polis berkaitan video yang tular tersebut dan akan dirakam percakapan.

“Malah, individu-individu yang membuat rakaman  juga akan dipanggil untuk membantu siasatan,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed