by

Tun M nasihat Muhyiddin letak jawatan

News Sources:

PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meletak jawatan selepas berlakunya pergeseran antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pelbagai nasihat sudah diberikan sebelum ini.

“Nasihat sudah diberi tapi tidak mahu dengar sebab nak buat juga (bergabung dengan UMNO).

“Nasihat saya sekarang, Muhyiddin, awak nampak tidak kukuh… Letak jawatan lah,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu membabitkan UMNO dan Bersatu.

Semalam, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, dalam kenyataan dikeluarkan sejurus selesai mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), memaklumkan bahawa usul memutuskan hubungan dengan Bersatu sambil mempertahankan kerjasama dengan Pas, akan dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO pada hujung bulan ini.

Bagi Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, dalam kenyataan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), pula berkata tindakan beberapa pihak secara berterusan melakukan percaturan politik ketika rakyat sedang berdepan ancaman pandemik Covid-19 dan bencana banjir, disifatkan sebagai tidak kena pada masanya, tanpa menyebut mengenai hubungan dengan UMNO. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed