by

Tun Rahah satu kehilangan besar kepada keluarga, negara- Fazley Yaakob

News Sources:

KUALA LUMPUR: Selebriti tanah air, Fazley Yaakob menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah sebagai satu kehilangan buat keluarganya dan negara.

Beliau yang merupakan suami kepada Azrene Soraya Abdul Aziz, anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor berkata, jasa Tun Rahah amat besar kepada negara.

“Ia satu kehilangan kepada keluarga Datuk Seri Najib. Arwah merupakan individu yang beri sumbangan besar, beri kekuatan keluarga. Setiap anak yang dibesarkan menjadi pemimpin. Ini satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga tetapi juga buat negara.

“Kami sekeluarga dan isteri amat terkesan dengan pemergian nenda. Kami mengucapkan takziah di atas kehilangan ini,” katanya kepada pemberita di sini, pagi tadi.

Beliau tiba bersama keluarga di Masjid Ar-Rahah kira-kira 9.30 pagi bagi menziarahi jenazah Allahyarhamah Tun Rahah. -UTUSAN ONLINE

The post Tun Rahah satu kehilangan besar kepada keluarga, negara- Fazley Yaakob appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed