by

Tunggang motosikal curi lawan arus

News Sources:

BUTTERWORTH: Kejadian memandu melawan arus sekali lagi dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Butterworth Kulim (BKE) di sini kali ini membabitkan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki.

Kejadian itu yang sempat dirakam pengguna jalan raya lain dan tular di dalam media sosial sejak malam tadi berlaku kira-kira pukul 6.30 petang di lebuh raya berkenaan dari arah Permatang Pauh ke Seberang Jaya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pihaknya bagaimanapun belum menerima laporan daripada individu yang merakam video atau orang awam berhubung kejadian itu.

“Namun, siasatan polis mendapati motosikal itu ditemukan ditinggalkan di Kilometer 8.4 arah barat di BKE.

“Semakan lanjut juga mendapati motosikal itu dilaporkan hilang di Perai  dan laporan kecuriannya turut dibuat pemiliknya semalam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shafee berkata, pihaknya sedang mengesan penunggang dan individu yang merakam video berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed