by

Ubah menara air jadi kediaman moden

News Sources:

LONDON: Dua saudara dari bandar Nieuw-Lekkerland di Belanda berjaya mengubah sebuah menara air lama menjadi rumah moden untuk didiami keluarga masing-masing.      

Lapor Oddity Central, kedua-dua individu itu turut menerima Anugerah Menara Air 2020 untuk reka cipta terbaik membabitkan bangunan bersejarah itu, baru-baru ini.

Jelas laporan itu, Sven dan Lennart de Jong dibesarkan dan menetap di sebuah rumah bersebelahan menara air lama itu sejak mereka kecil.   

Menurut laporan itu, mereka berjaya membida menara terbengkalai itu pada harga kira-kira 200,000 euro (RM988,815) dalam satu jualan lelong pada 2011.

Sven dan Lennart yang ketika itu belum berkahwin melahirkan hasrat untuk mengubah menara air itu sebagai rumah mereka.

Bahagian dalaman menara itu menampilkan gabungan elemen industri dengan sentuhan seni reka konsep desa dan semula jadi.

Tingkap besar menara itu diubah suai agar banyak cahaya boleh masuk malah salah satu sisinya pula memaparkan pemandangan indah Nieuw-Lekkerland dan landskap kincir angin.

 Setiap keluarga mempunyai ruang seluas dua tingkat dan berkongsi ruang taman umum di tingkat bawah. 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed