by

UiTM anjur ESKU 2021 – Utusan Digital

News Sources:

SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) menganjurkan Ekspo Maya Selangkah ke UiTM (ESKU 2021) secara maya melalui medium UiTM Channel Youtube yang berlangsung dua hari sehingga esok.

Menurut Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP) UiTM, ESKU 2021 adalah program  universiti yang dianjurkan selama 14 tahun bermula 2008.

“Bagaimanapun, ESKU 2021 kali ini julung–julung kalinya diadakan secara maya melalui medium Youtube UiTM Channel selaras norma baharu.

“Orang ramai boleh mengemukakan pertanyaan kepada wakil setiap fakulti yang akan menjawab sebarang persoalan berkaitan program akademik yang ditawarkan secara dalam talian sepanjang dua hari program berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, UiTM menawarkan lebih daripada 498 program akademik di kampus – kampus UiTM seluruh negara. 

Katanya lagi, ESKU 2021 adalah platform untuk mempromosikan kemasukan calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan matrikulasi ke peringkat pengajian tinggi dalam membuat pilihan yang tepat serta sesuai berdasarkan keputusan yang diperoleh.

“Taklimat oleh fakulti-fakulti boleh dicapai di UiTM Channel Youtube kepada bakal mahasiswa untuk mengetahui serta mendapatkan penerangan dengan lebih lanjut maklumat berkaitan fakulti dan program-program yang ditawarkan di UiTM. 

“Bakal mahasiswa juga boleh mendapatkan maklumat terkini tentang syarat kemasukan ke UiTM, khidmat nasihat daripada BPP,”katanya.

Terdahulu ESKU 2021 dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik Dan Antarabangsa UiTM yang menjalankan fungsi Naib Canselor universiti itu, Prof. Dr.  Roziah Mohd.Janor. – UTUSAN ONLINE

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed