by

Ujang suka cerita pengalaman semasa perang

News Sources:

PORT DICKSON: Veteran tentera, Allahyarham Prebet Ujang Mormin, 100, yang meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Selangor semalam gemar bercerita tentang pengalamannya ketika terlibat dalam Perang Dunia Kedua.

Cucu saudara Allahyarham, Lailawati Jamil, 59, berkata, Ujang juga sering memberitahu bahawa dia merupakan rakan seperjuangan Allahyarham Leftenan Adnan Saidi, ketika berperang di Singapura.

“Atuk sering bercerita kepada saya bahawa dia menyertai Perang Dunia Kedua bersama Leftenan Adnan, dia cerita kisah dia memasuki tentera selain pernah ditugaskan di Bukit Cermin.

“Allahyarham juga pernah bercerita yang dia pernah menyamar menjadi orang kampung khuatir akan diserang hendap tentera Jepun,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengebumian Prebet Ujang Mormin dekat sini hari ini.

Allahyarham Ujang selamat dikebumikan di Pusara Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dekat sini pada pukul 2.15 petang tadi.

Menurut Lailawati lagi, datuk saudaranya itu dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur sejak 2015, akibat asma.

Menurutnya lagi, datuk saudaranya itu sering menghubunginya melalui telefon dan sekiranya lambat datang melawatnya, dia akan telefon berulang kali.

Pada kebiasaannya, dia sendiri akan menelefonnya dengan telefonnya sendiri namun kali terakhir berhubung dengannya pada hujung bulan lepas, dia menggunakan telefon kakitangan hospital memberitahu dia merindui saya.

“Arwah turut memberitahu dia berasa tidak sedap badan dan selepas itu saya tidak dapat menghubunginya lagi dan kemudian mengetahui atuk dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Saya juga sebenarnya baru dimaklumkan bahawa atuk disahkan positif Covid-19,” katanya yang memberitahu arwah gemarkan masakan kari ikan dan suka berbasikal bagi mengisi waktu lapang,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed