by

UMNO Johor mahu PRU diadakan segera

News Sources:

PONTIAN: UMNO Johor mahu pucuk pimpinan parti itu mendesak agar Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera bagi mengembalikan kestabilan dalam pentadbiran kerajaan di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, pelaksanaan pilihan raya dalam keadaan pandemik Covid-19 bukanlah satu perkara yang mustahil untuk dilakukan.

Ujarnya, beberapa negara telah pun menghadapi pilihan raya dalam tempoh ini antaranya Singapura, New Zealand dan juga Amerika Syarikat.

“Pilihan raya akan dapat memastikan satu kerajaan yang memiliki majoriti sekali gus membawa kestabilan kepada negara termasuklah aspek politik.

“Sebagai contoh, kerajaan negeri juga berhadapan kesukaran dalam membuat keputusan berhubung pentadbiran kerana hanya memiliki majoriti tipis,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat UMNO Bahagian Pontian, di sini hari ini.

Tambahnya, kedudukan semasa yang menyaksikan pihaknya hanya memiliki majoriti kecil menjadikan kerajaan negeri ketika ini berada dalam keadaan yang amat rapuh.

Sementara itu, beliau yang juga merupakan Menteri Besar turut memberitahu, sekiranya PRU diadakan, UMNO berhasrat untuk bertanding dalam kesemua kerusi parlimen di Johor kecuali Pagoh.

“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan Ahli Parlimen bagi parlimen berkenaan dan kita akan biarkan dia mempertahankan kerusi berkenaan.

“Namun dalam masa sama, Ketua UMNO Bahagian terbabit mahu bertanding di kerusi berkenaan, termasuklah dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Bukit Kepong dan Bukit Pasir.

“Kita akan mengadakan perbincangan dengan Ketua UMNO Bahagian berhubung perkara ini untuk mencari jalan penyelesaian terbaik yang boleh diambil,” ujarnya. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed